The Jerusalem PostIsraeli expat recounts destruction, home collapse in magnitude 7.7 Panama earthquakeESPN Deportes¿Podrá la defensiva de los Seahawks volver silenciar a la ofensiva de los 49ers?ESPNKentucky converts 2-point play in OT to upset No. 10 LSUInquirerRegulators OK Meralco rate hike after 15 yrs한겨레러시아산 경유 수입하기로 한 트럼프, 젤렌스키 비판에 “우크라, 새 지도자 필요”ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCNN Türkİsrail'den Güney Kıbrıs'ta "borsa" planıSözcü58 yıldır eşine aynı hediyeyi veriyor: Ne çiçek ne de çikolata...Lenta.ruРоссиянам рассказали о последствиях не вывоза мусора в срокWirtualna Polska"Nienawidzi Polski". Mówi o PutinieBusiness AMIsraëlische economie groeit ondanks oorlog, maar hoge kosten drukken op bevolkingLa TerceraVivianne Dietz es la nueva embajadora de Dior Beauty en Chile tras su paso por Paris Fashion Week
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 11, 2026

Zahid akan pastikan tiada usul undi tidak percaya terhadap MB NS

Translate

Presiden Umno, Zahid Hamidi, akan memastikan tiada usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, sekiranya dakwaan mengenai perkara itu benar.

Zahid berkata, beliau tidak mendengar perkara itu akan dilakukan, setakat ini.

“Saya tidak mendengar perkara itu akan dilakukan. Jika benar adapun, saya akan menentukan supaya ia tidak berlaku,” katanya lapor Berita Harian.

Zahid mengulas laporan yang memetik sumber bahawa Umno Negeri Sembilan sedang mempertimbangkan untuk mengemukakan usul berkenaan.

Menurut sumber itu, usul berkenaan akan dikemukakan oleh Ketua Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias, namun tertakluk pada keputusan kepimpinan Umno pusat.

Sumber itu turut mendakwa barisan baharu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mungkin diumumkan sekiranya langkah tersebut diteruskan.

Terdahulu, Jalaluddin menafikan dakwaan beliau akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ismail pada sidang DUN akan datang.

Jalaluddin, yang juga Adun Pertang, memberitahu FMT bahawa tiada sebarang perbincangan mengenai perkara itu pernah diadakan.

Sidang DUN Negeri Sembilan dijadualkan berlangsung pada 26 November, selepas ditangguhkan daripada 16 Oktober, bagi menyelaraskannya dengan pembentangan Belanjawan negeri 2027 pada hari berikutnya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.