PunchWhy Katsina will vote for Tinubu in 2027 — RaddaThe Jerusalem PostBomb threats, attempted hijackings must not become new norm for Israeli travelers - editorialESPN DeportesRays y Brewers jugarán Serie Mundial de equipos sin títuloInquirerPWD group seeks NBI help in case vs ‘macho’ hostsDaily MaverickMATTERS OF THE ART: Dyslexic artist Lerato Motau found her own voice when words failed herESPNALCS Game 6: Takeaways as Rays advance to World Series한겨레‘전주판 도가니’ 옛 자림원…내년 개교에 장애인 복합 타운 힘 실릴까RTL BoulevardKranten in binnen- en buitenland schrijven over baby JettenZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSözcüDev şirket 2030 yılına kadar maaşlara zam yapmayacakVanguardTinubu, Oborevwori, Kalu, others mourn UduaghanHet Laatste NieuwsNederlandse vrouw zet Italiaans dorpje (600 inwoners) op stelten: “Ik heb een beer gezien”
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 20, 2026

PN akan cabar pembatalan pendaftaran oleh JPPM, mohon penangguhan

Translate

Perikatan Nasional (PN) akan mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) membatalkan pendaftarannya serta memohon supaya pelaksanaan dan kesan keputusan itu ditangguhkan sementara menunggu penentuan mahkamah.

Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan mempersoalkan pembatalan itu hari ini, dua hari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual mendengar permohonan penangguhan berkaitan notis ketidakpatuhan dan penggantungan aktiviti gabungan berkenaan.

“PN akan mencabar kesahihan perintah pembatalan dan memohon supaya pelaksanaan serta segala kesannya ditangguhkan sementara menunggu penentuan Mahkamah,” katanya dalam kenyataan.

Takiyuddin berkata keputusan membatalkan pendaftaran sebelum pendengaran itu menimbulkan persoalan mengenai tujuan penggunaan kuasa berkenaan dan penghormatan kerajaan terhadap proses kehakiman.

Awal hari ini, JPPM mengumumkan pembatalan pendaftaran PN selepas mendapati penjelasan dikemukakan gabungan itu gagal menyangkal asas pembatalan dalam notis terdahulu.

Jabatan itu berkata keputusan dibuat selepas meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan PN yang diterima pada 12 Okt, yang didapati tidak memberikan justifikasi kukuh untuk mengekalkan pendaftarannya.

Pembatalan itu dibuat mengikut subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.

PN sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 5 Okt bagi mencabar notis JPPM, sebelum mendapat kebenaran memulakan prosiding berkenaan pada 13 Okt.

Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan penangguhan sementara terhadap penggantungan aktiviti PN. Pendengaran permohonan penangguhan dengan kehadiran kedua-dua pihak ditetapkan pada 22 Okt.

Mengulas urutan tindakan itu, Takiyuddin berkata PN sudah mengemukakan permintaan bertulis pada 14 Okt supaya tiada tindakan lanjut diambil sementara menunggu pendengaran, namun permintaan berkenaan tidak dijawab.

Menurutnya, hujahan Peguam Negara pada 19 Okt pula menyatakan proses pembatalan masih berjalan, tanpa memaklumkan bahawa pembatalan akan dibuat pada keesokan harinya.

Beliau mendakwa keputusan itu mengubah secara mendasar keadaan yang menjadi pokok pertikaian sebelum mahkamah sempat mendengar permohonan penangguhan PN.

Takiyuddin turut menggesa Peguam Negara menjelaskan tindakan tersebut berhubung pendirian jabatannya di mahkamah ketika pendengaran pada 22 Okt.

Dakwa usaha lemahkan lawan menjelang PRN Melaka

Takiyuddin turut mendakwa masa dan urutan tindakan terhadap PN menimbulkan persoalan mengenai motif politik di sebalik pembatalan itu.

Katanya, notis JPPM dikeluarkan pada 22 Sept ketika pembubaran DUN Melaka diumumkan, diikuti penggantungan aktiviti PN pada keesokan harinya.

Pembatalan pendaftaran hari ini pula, menurutnya, berlaku hanya 11 hari sebelum penamaan calon pilihan raya negeri berkenaan.

“PN mengecam tindakan ini sebagai usaha mendahului pertimbangan Mahkamah dan melemahkan lawan politik menjelang pilihan raya Melaka,” katanya.

PRN Melaka ditetapkan pada 14 Nov dengan penamaan calon berlangsung 31 Okt.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.