ESPN DeportesAtlas gana en Aguascalientes y se acerca al lideratoESPN🎤 Steve Lacy delights crowd with viral 'LeBron, LeBron, LeBron' cover of 'Oh Yeah?'The Jerusalem PostTrump mocks popularity of the name Mohammad, says 'nobody wants to be president' in IranZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioBuenos Aires TimesPeronist Loyalty DayEl Comercio¿Recibiste un aumento de sueldo? Así puede cambiar tu beneficio de SNAP, qué debes reportar y en qué plazos informarloNew Straits TimesJohor first to expand student food bank aid beyond food suppliesالنهاركينشاسا تتهم كابيلا بالتخطيط لهجوم واسع النطاق على البلادNU.nlRussen 'gewoon' bij WK turnen in Ahoy, woeste Oekraïners 'kunnen weinig doen'MyJoyOnlineI sacrificed my dream of becoming a maxillofacial surgeon for politics – Ekua AmoakohSoompiHYBE Announces Lineup For Weverse Con Festival IndiaAntara NewsMinistry champions rural women's leadership in climate action
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 17, 2026

Mayat bayi tanpa kepala ditemukan

Translate

Mayat seorang bayi tanpa kepala dan satu tangan ditemukan di dalam longkang di kawasan perumahan di Kampung Padang Setengge, petang tadi.

Ketua Polis Hulu Terengganu, Sharudin Abdul Wahab, berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan itu pada 6.52 petang.

Susulan laporan berkenaan, polis menghubungi unit forensik dan unit K9 IPK Terengganu untuk membantu siasatan serta mengumpul bukti di lokasi kejadian.

“Mayat bayi itu ditemukan oleh seorang wanita ketika membasuh pakaian di belakang rumahnya. Ketika ditemukan, mayat berkenaan berada dalam keadaan tanpa kepala dan satu tangan,” menurut kenyataan.

Setakat ini, polis belum dapat mengenal pasti jantina dan kewarganegaraan bayi berkenaan. Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.