InquirerBARMM chief forms CabinetThe Jerusalem PostPolice demolish Beit Hanina compound used to house Palestinians without permitsDaily MaverickNew wave of bomb hoaxes hits dozens of flights across EuropePunchNJC suspends three judges, disciplines six others한겨레여권 사법부 압박에 판사들 대응 나서나…전국법관대표회의 조기 개최VarietyTaiwan Creative Content Fest Opens as Chair Sue Wang Says ‘Culture Is Power’ Amid AI ShiftZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSDP Espectáculos¿De qué murió el hermano de Mónica Castañeda? Ventaneando confirma su fallecimientoالنهارخاص "النهار": د.غبيشة الكتبي... من شغف الصقور إلى ريادة طب الصقور في الإماراتDaily MailBondi Beach massacre death toll rises to 16: Survivor dies from complications resulting from their injuries almost eleven months laterSözcüEşinden 2 yıl önce boşanmış! 8 kişinin katili bakın ne iş yapıyormuşESPNJaguars dominate Ravens in Baltimore
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 6, 2026

Polemik CSA berulang selagi peruntukan jadi rundingan politik

Translate

Polemik Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) akan terus berulang selagi peruntukan pembangunan kawasan Ahli Parlimen bergantung pada rundingan politik, bukannya jaminan undang-undang yang adil dan telus, kata penganalisis.

Tawfik Yaakub berkata, CSA boleh menjadi mekanisme menjamin kestabilan kerajaan, namun peruntukan pembangunan tidak sepatutnya dianggap ganjaran kepada wakil rakyat yang bersetuju memberikan sokongan.

Ahli akademik Universiti Malaya itu menggesa kerajaan mempertimbangkan undang-undang khusus bagi memastikan pengagihan peruntukan dibuat secara adil berdasarkan keperluan kawasan, tanpa mengira kedudukan politik wakil rakyat.

“Rakyat tidak seharusnya menerima layanan berbeza hanya kerana mereka memilih wakil rakyat daripada parti pembangkang,” katanya kepada FMT.

Tawfiq Yaakub

Tawfik Yaakub.

Tawfik berkata, mengaitkan penyaluran peruntukan dengan CSA boleh menimbulkan persepsi bahawa akses kepada dana awam bergantung pada persetujuan politik, sekali gus memberi tekanan kepada pembangkang.

“Peruntukan pembangunan merupakan dana awam untuk kepentingan rakyat, bukannya milik mana-mana parti politik.”

Kerajaan pada 29 Okt lalu memeterai CSA dengan 13 Ahli Parlimen, terdiri enam wakil Bersatu diketuai Muhyiddin Yassin, enam bekas wakil parti itu dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Perjanjian itu merangkumi sokongan terhadap Belanjawan 2027 serta reformasi institusi, dengan wakil rakyat terbabit menerima peruntukan pembangunan kawasan setara Ahli Parlimen kerajaan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan kawasan pembangkang tidak dipinggirkan daripada projek pembangunan kerajaan, namun mekanisme peruntukan melalui Ahli Parlimen perlu dirunding.

Polemik CSA mengundang kecaman Presiden PAS Hadi Awang yang menyifatkannya sebagai ‘pendekatan dajal’, sedangkan parti itu pernah menganggotai kerajaan Ismail Sabri Yaakob yang memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH) pada 13 Sept 2021 bagi menjamin kestabilan politik.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pula berpandangan CSA tidak wajar dijadikan budaya politik baharu kerana seolah-olah tidak mengiktiraf pilihan rakyat, selain berpotensi menyemarakkan salah guna kuasa demi mendapatkan sokongan.

Ketua Penerangan Wawasan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, turut mendakwa Ahli Parlimen pembangkang yang menandatangani CSA kehilangan kebebasan menjalankan fungsi semak dan imbang sehingga terpaksa ‘melutut’ atas nama rakyat serta menjadi ‘pak turut’ atau ‘controlled opposition’ (pembangkang terkawal).

Sementara itu, Pengerusi Bersih, Faisal Abdul Aziz, menggesa kerjasama rentas parti diperluas supaya penyelesaian isu peruntukan kawasan tidak lagi bergantung kepada rundingan antara kerajaan dengan pembangkang.

“Selain itu pindaan perlembagaan pengasingan bidang kuasa peguam negara dan pendakwa raya harus dibentang dan didukung oleh semua termasuk pembangkang,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.