InquirerSulu declared ‘stable’ in peace, securityPunchPolice bust Lagos syndicate over N20bn goods diversionESPN DeportesRosas venció a Barcelos, quien salió de la jaula en camillaוואלהאיראן: "רק פתרון במשא ומתן יכול להביא לסיום המשבר"ESPNProjecting the CFP top 12 after Week 4: Gators claw into contentionUOLÉ inaceitável que trabalhador fique sem 2 dias de descanso na era da IA, diz dono da MultilaserThe Straits TimesSix to face charges after allegedly taking part in unlawful assembly at Changi Prison, State CourtsBusiness AMBusiness AM Sudoku’s 27-09-2026Rappler[Two Pronged] Our undergraduate interns are a nightmareVariety‘SNL’ Opens Season With Mamdani Hanging Out With BFF Trump, Natalie Harp Going ‘Obsession’ Over PresidentMalay MailWhy your electricity bill is not as simple as what TNB pays for powerABC NewsNor'easter brings strong winds, coastal flooding and high waves to East Coast
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 27, 2026

Malaysia komited perangi Islamofobia, kebencian dalam talian

Translate

Malaysia menegaskan komitmennya untuk memerangi Islamofobia, diskriminasi agama dan penyebaran ucapan kebencian, termasuk di platform dalam talian.

Berucap pada mesyuarat peringkat tinggi Kumpulan Sahabat Perikatan Tamadun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAOC), Menteri Luar Mohamad Hasan berkata peningkatan sikap tidak bertoleransi, xenofobia dan diskriminasi agama di seluruh dunia, termasuk Islamofobia, tidak boleh dipandang ringan.

Menurutnya, Malaysia mengalu-alukan pelantikan utusan khas PBB untuk memerangi Islamofobia, selaras dengan langkah negara ini melantik wakil khas bagi menangani isu sama.

Mohamad turut memberi amaran mengenai peranan platform digital yang semakin besar dalam penyebaran ucapan kebencian.

“Kami menyeru syarikat teknologi, masyarakat sivil dan negara anggota supaya bersama-sama mewujudkan ekosistem digital yang bertanggungjawab bagi memastikan ruang digital kekal selamat untuk dialog membina, bukannya menjadi medan yang mencetuskan perpecahan dan keterasingan,” katanya.

Mohamad turut menyentuh penyertaan Malaysia dalam Persidangan Global Mengenai Penggalakan Dialog Antara Agama dan Antara Budaya serta Toleransi dalam Menangani Ucapan Kebencian.

Persidangan itu dianjurkan bersama Maghribi, Pejabat PBB mengenai Pencegahan Genosid dan UNAOC.

Beliau berkata Malaysia bersedia bekerjasama dengan UNAOC serta anggota Kumpulan Sahabat untuk merapatkan jurang, menangani naratif kebencian dan membina dunia yang melindungi kepelbagaian sebagai kekuatan bersama.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.