Johor catat bacaan IPU tidak sihat

Tahap kualiti udara di Johor berada di paras tidak sihat, dengan empat lokasi di negeri itu merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tertinggi.
Setakat 10 malam, bacaan paling tinggi adalah di Pasir Gudang dengan IPU 154, diikuti Kota Tinggi (153), Pengerang (152) dan Larkin (129).
Dua kawasan di Sarawak turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat — IPD Serian (117) dan Sri Aman (109).
Sebanyak 56 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU sederhana, manakala enam kawasan mempunyai kualiti udara baik.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala melebihi 300 berbahaya.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.