PunchAPC rally disruption: SDP rejects Nasarawa claims against Al-Makura, AdamuCNN Türkİzmir'de uyuşturucu operasyonu: 7 gözaltıThe Jerusalem PostDemocracy was top Jewish voter concern in midterms, not Israel or antisemitism - poll한겨레‘AI 공포’에 안전자산으로 몰렸다…금값, 일주일 전보다 5% 넘게 올라ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSouth China Morning PostHow Japan’s 660 most wanted stay hidden: slums, day labour and forged IDsRolling StoneNile Rodgers Defends AI Use in Music Video: ‘We Created Everything … The AI Did What We Told It to Do’매일경제피노, 1830억 원 규모 유증 단행…이차전지 소재 사업 체질 개선Malay MailThe iPhone Duo is my new favourite iPhone but is it for you?The Sydney Morning HeraldBeau Lamarre-Condon trial live updates: Alleged double murderer, former NSW Police officer returns to witness box, asked about relationship with Jesse BairdBillboardAmy Winehouse’s ‘Back to Black’ Reissue Sparks Top 10 Chart ReturnCBS NewsMississippi Senate race is toss-up, with razor-thin margin
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 6, 2026

BN boleh pilih PH jika PAS berkeras tuntut kerusi

Translate

PAS mengambil iktibar daripada kesilapan lalu dalam rundingan pembahagian kerusi dengan Umno dan kini lebih bertolak ansur dalam kerjasama antara kedua-dua parti, kata Ketua Penerangannya Ahmad Fadhli Shaari.

Ketika menjadi hos bersama dalam audio siar Keluar Sekejap, Fadhli berkata PAS sedar tindakan terlalu berkeras dalam rundingan kerusi boleh menyebabkan Barisan Nasional (BN) memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata demikian ketika mengulas pemerhatian Shahril Hamdan bahawa PAS dilihat bersedia menerima pembahagian kerusi lebih kecil dalam kerjasamanya dengan BN pada PRN Melaka.

Menurut Fadhli, kerjasama kali ini lebih berhati-hati kerana PAS dan Umno sedar akan perselisihan yang pernah berlaku antara mereka serta kepentingan menjaga hubungan kedua-dua parti.

“PAS belajar satu perkara. Kalau kita terlalu berkeras dalam pembahagian kerusi, akan berlaku satu keadaan… BN akan bekerjasama dengan PH,” katanya.

“Perkara ini pernah berlaku sebelum ini dan kita tidak mahu ia berulang.

“Kita nampak tanda-tanda itu baru-baru ini apabila BN seolah-olah membuka ruang rundingan dengan kedua-dua pihak… sampai kita tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.”

Pendirian BN mengenai kerjasama politik menjelang PRN Melaka beberapa kali berubah.

Selepas menyatakan hasrat untuk bertanding secara solo, gabungan diterajui Umno itu mengumumkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), sebelum membuka ruang rundingan dengan PH.

BN akhirnya bersetuju bekerjasama dengan PN pada pilihan raya 14 Nov ini, dengan BN bertanding di 23 kerusi manakala PN di baki lima kerusi.

Umno sengaja biar PAS tertanya-tanya

Sementara itu, Shahril berpandangan kepimpinan Umno mungkin sengaja tidak menutup ruang rundingan dengan pihak lain bagi mengelakkan PAS terlalu selesa dengan kerjasama mereka.

Bekas ketua penerangan Umno itu berkata, kepimpinan parti berkenaan tidak mungkin memberikan komitmen penuh kepada mana-mana kerjasama politik, walaupun sudah mengetahui hala tuju yang mahu diambil.

Menurutnya, pendekatan itu mungkin bertujuan memastikan PAS tidak membuat tuntutan kerusi secara berlebihan.

“Saya rasa mereka (Umno) bukan serius pun (mahu bekerjasama dengan PH). Mereka cuma memberi harapan dan bayangan supaya Umno boleh menunjukkan bahawa mereka belum memberikan komitmen sepenuhnya kepada PAS,” katanya.

“Kalau PN minta lebih banyak kerusi, Umno boleh kata, ‘Jangan lebih-lebih, kalau tidak aku pergi sebelah sana.’ Pada masa sama, perkara yang sama dibuat terhadap PH.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.