ESPNRasmussen sweeps Yankees' lefties aside in near-perfect Game 1PunchMorning recap: NYSC kidnap: IED threat stalls rescue operation, Madonna varsity expels student, suspends 14, other top storiesESPN DeportesCómo los Chiefs y Pat Mahomes han redescubierto el pase largo y aún podría mejorarThe Jerusalem PostTwo IDF service members injured in accident in Lebanon over the weekend한겨레이억원 “AI활용 해킹 가능성…금융권 최고수준 경각심 가져야”InquirerSara Duterte impeachment: Prosecution to drop bribery charge – ChuaCNN TürkBursa'da motosiklet ile sepetli vinç çarpıştı: 1 ölü, 1 ağır yaralıZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSözcüAlmanya Başbakanı Merz, Ukrayna’ya ziyareti gerçekleştirdiTagesschauLula gegen Bolsonaro: Ein Duell bekannter Namen in Brasilienالنهارالأرجنتين تستعرض أمام بوركينا فاسو 7-0 ودياً (فيديو)Cumhuriyetİrlanda - İsrail maçı öncesi basın toplantısı karıştı
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 4, 2026

Jaminan Abang Jo mengenai Petros ‘tak mencerminkan realiti’, dakwa Zaid

Translate

Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim mempertikaikan jaminan Premier Sarawak Abang Johari Openg bahawa Petroleum Sarawak Bhd (Petros) tidak akan menggantikan atau melemahkan kedudukan Petronas.

Zaid berkata jaminan itu ‘tidak selari dengan realiti’, sambil merujuk usaha Petros mengambil alih peranan Petronas sebagai agregator gas di Sarawak.

“Petros mahu mengambil alih peranan Petronas sebagai agregator gas. Itu bukan perubahan kecil atau sekadar peranan tambahan.

“Ia bermakna mengambil alih bahagian penting dalam perniagaan Petronas,” katanya di Facebook.

Semalam, Abang Johari berkata peranan Petros yang semakin berkembang dalam sektor gas Sarawak bukan bertujuan menggantikan Petronas.

Beliau berkata Sarawak kekal komited bekerjasama dengan Petronas walaupun pada masa sama meningkatkan keupayaannya sendiri untuk memproses sumber negeri itu, termasuk rancangan membangunkan terminal regasifikasi gas asli cecair (LNG) di Kuching menjelang 2029.

Katanya, Petros sudah lebih setahun mengadakan perbincangan dengan syarikat infrastruktur tenaga Norway, Höegh Evi, dan kedua-dua syarikat mengumumkan perjanjian pembangunan bersama untuk membangunkan, memiliki serta mengendalikan terminal berkenaan.

“Ramai orang kata saya mahu ‘membunuh’ Petronas atau Petros akan melemahkan Petronas. Itu tidak benar. Kita berkongsi peluang dengan Petronas,” katanya seperti dilaporkan.

Bagaimanapun, Zaid berkata tahap kerjasama tidak boleh dinilai berdasarkan jaminan semata-mata, sebaliknya perlu dilihat daripada kesan perubahan yang sedang diusahakan.

Beliau berkata Petronas berpotensi kehilangan berbilion ringgit sekiranya tidak lagi mengawal peranannya sebagai agregator gas di Sarawak, dengan perniagaan gas syarikat itu di negeri berkenaan dianggarkan bernilai kira-kira RM10 bilion setahun.

“Petronas sudah terkesan akibat beberapa tindakan Sarawak. Dalam pertikaian membabitkan Shell, bayaran kira-kira RM80 juta sebulan ditahan ketika timbul kekeliruan mengenai pihak yang sepatutnya menerima bayaran itu,” katanya.

Zaid berkata isu berkenaan bukan sekadar melibatkan urusan komersial kerana Sarawak turut mempersoalkan sama ada Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) dan undang-undang petroleum persekutuan lain terpakai di negeri itu.

“Itu bermakna asas perundangan yang menjadi tunjang penubuhan Petronas sendiri sedang dicabar,” katanya.

Beliau memberi amaran sekiranya setiap negeri pengeluar minyak dibenarkan menuntut kawalan sama terhadap sumber petroleum serta bahagian penting dalam rantaian bekalan, ia boleh menjejaskan skala operasi Petronas dan keupayaannya memenuhi kepentingan negara.

“Jika setiap negeri pengeluar minyak melakukan perkara sama, Petronas akan kehilangan skala yang selama ini menjadikannya kukuh. Peranannya di peringkat nasional boleh terjejas dan akhirnya terhakis,” katanya.

Zaid berkata sebarang penyelesaian perlu bermula dengan pengiktirafan jelas terhadap hak Petronas ke atas sumber minyak dan gas Malaysia seperti diperuntukkan di bawah PDA.

“Perkara itu tidak boleh dikompromi. Selepas ia diselesaikan, barulah rundingan boleh dibuat mengenai peranan yang wajar dimainkan Petros dengan mengambil kira keperluan dan keadaan Sarawak.

“Namun, ia tidak boleh bermula dengan Petros mengambil alih fungsi Petronas ketika hak Petronas dari segi undang-undang masih dipertikaikan,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.