The Jerusalem PostConman posing as reservist with financial trouble who swindled dozens since start of war arrestedInquirerQuiapo Church unveils logo for Nazareno 2027ESPNSources: Eagles to keep retired Johnson on roster amid O-line changesPunchNDLEA rearrests 83-year-old grandmother with drugs in Abia한겨레소녀 28명 살았던 아동양육시설 ‘수풀원’…“폭행 일삼고, 16살에 가사도우미로 넘겨”UOLPolícia apura possível ataque a premiê e ministro na PolôniaSky TG24Sicurezza sul lavoro, Mattarella: "La tutela è nella Costituzione"Collider'Landman' Star's Fan-Favorite Horror Nightmare Officially Becomes a Must-Watch on HuluBillboardNFL London Game Halftime Show 2026: Here’s Where to Watch Perform Ayra Starr Live Online FreeZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFn-tv"Auf Seite des Mörders": Politikerinnen attestieren Trump "moralischen Bankrott"Observador DesportoPortugal anda a fazer acrobacias diplomáticas com Trump?
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 11, 2026

12 maut, lebih 300 cedera dalam serangan lapangan terbang Arab Saudi

Translate

Seramai 12 orang terkorban manakala 309 yang lain cedera dalam serangan di lapangan terbang utama di ibu negara Arab Saudi pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi memetik pihak berkuasa penerbangan awam.

Pihak berkuasa penerbangan awam memaklumkan bahawa empat warga Arab Saudi, dua warga Bangladesh serta masing-masing seorang warga Amerika Syarikat (AS), Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan terkorban dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid itu.

Menurut pihak berkuasa berkenaan, mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di hospital, dengan beberapa daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

Serangan itu turut menyebabkan kerosakan harta benda, dengan pihak berkuasa masih menjalankan penilaian terhadap kerosakan berkenaan.

Pihak berkuasa penerbangan awam sebelum ini memaklumkan bahawa operasi lapangan terbang itu digantung sementara susulan serangan di Riyadh bagi membolehkan pegawai menilai kerosakan serta mengesahkan tahap keselamatan kemudahan lapangan terbang berkenaan.

Penggantungan operasi itu menyebabkan gangguan penerbangan, dengan penumpang dinasihatkan supaya menyemak status penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing sebelum menuju ke lapangan terbang.

Kuwait Airways turut membatalkan penerbangan pergi dan balik ke Riyadh pada Sabtu susulan penutupan lapangan terbang itu

Serangan berkenaan berlaku ketika ketegangan semakin meningkat susulan beberapa siri serangan misil dan dron oleh kumpulan Houthi terhadap lapangan terbang serta kemudahan di Arab Saudi sejak beberapa hari kebelakangan ini.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.