PunchNigerian health worker found dead in CanadaCNN TürkMısır'da tanker yangını faciası! 30 kişi hayatını kaybetti한겨레‘윤석열 계엄’ 사과 묻자…국힘 김민수 “민주당이 먼저 해야” 궤변South China Morning PostWhy Japan’s Takaichi cannot afford to lose another ministerZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSDP EspectáculosFátima Bosch confirma su relación con Alejandro Canahuati FarahDeadlineAmanda Seyfried Admits She “Told A Lot Of People” About Her ‘You Can See Everything’ Role: “I’m The Most Indiscreet Person”The Sydney Morning Herald‘Increasingly difficult’: Doctor fury over women’s health cutsVarietyJudge Blocks FCC Move Against ABC Station Licenses: ‘This Is Not a Close Case’Daily MailDuran Duran guitarist Andy Taylor dies aged 65 after 'long and courageous battle with prostate cancer'Lenta.ruРоссиян предупредили о мошенниках под видом коллекторов경향신문출퇴근 버스서도 끊김없이 와이파이 쓴다…LG유플러스, 전국 3만대에 최신 망 구축
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 26, 2026

Anwar gesa doktor, guru terima penempatan di kawasan pedalaman

Translate

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa doktor, guru dan penjawat awam lain supaya tidak terlalu memilih lokasi penempatan sehingga enggan berkhidmat di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Beliau berkata meskipun kerajaan bersedia mempertimbangkan penyesuaian penempatan sekiranya munasabah, keperluan rakyat di kawasan terpencil untuk mendapatkan perkhidmatan seperti dalam aspek kesihatan tetap perlu diutamakan.

“Ada juga masalah penempatan…tetapi kalau penempatan di mana boleh kita ubah suai, kita sesuaikanlah.

“Tetapi bagaimana kalau kita fikir pilihan? Siapa yang nak memilih jadi doktor di Kapit, (Sarawak) di Gua Musang, di Ulu Kelantan?,” katanya pada program ‘Dialog Negara’ yang disiarkan menerusi saluran TV1 dan aplikasi RTMKlik, malam ini.

Program itu turut disiarkan serentak di Bernama TV, Astro AWANI, TV3, TV AlHijrah dan TVS.

Mengulas lanjut, Anwar berkata isu penempatan itu bukan sahaja melibatkan doktor, malah turut dihadapi penjawat awam lain termasuk jurutera dan guru.

Beliau berkata penempatan penjawat awam di kawasan berkenaan penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat di pedalaman Sabah, Sarawak serta Semenanjung tidak terjejas.

Barisan panel terlibat dalam program Dialog Negara ialah Pengasas Komuniti Pejuang Hartanah Ahyat Ishak; Pengarah Strategi Kumpulan KRA Amir Fareed Rahim; Pegawai Perubatan yang juga pempengaruh media sosial Dr Malar Santhi Santherasegapan serta Usahawan dan Pencipta Kandungan Digital Adam Shamil.

Turut terlibat Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekusif PlusVibes Group Dr Madiha Fuad; Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad Azmi Zainal; Pendakwah Bebas Izzhar Nazri; Pengasas Architects of Diversity (AOD) Malaysia Jason Wee dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Adib Hazim Razali.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.