ESPN DeportesGuardians es monarca de la División Central de la Liga AmericanaESPNOregon QB Moore taken off by ambulance after targeting by USCThe Jerusalem PostIDF expands Personal Security Branch to protect troops, officials from global threats - interview한겨레아시안게임조직위, 한-일 야구 결승전 욱일기 반입 불허할 듯וואלהסופת "נוראיסטר" פגעה בצפון-מזרח ארה"ב: מאות טיסות בוטלוSözcüMeclis’teki 48 tuvaletin tadilatına 29.4 milyon매일경제박정희도, 김대중도 아니었다…가장 신뢰하는 전직대통령 1위 노무현20 MinutenAdieu Schlammschlacht: Promis setzen auf harmonische TrennungenSportstarUSA vs Peru player ratings — Teenage debutants star in crushing win for Mauricio Pochettino’s sideKhaosod EnglishFlash floods from Khao Yai swamp four Prachin Buri districts경향신문위급상황 알리는 ‘동행안심벨’ 통합 출시··· 28일부터 사전 신청Malay MailPerodua Viva crashes into parked lorry in Kota Kinabalu, killing four men
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 27, 2026

Malaysia gesa Selatan Global main peranan lebih besar berkaitan AI

Translate

Malaysia menggesa penglibatan lebih besar negara Global Selatan dalam perbincangan global berkaitan kecerdasan buatan (AI).

Menteri Luar, Mohamad Hasan, berkata AI sedang mengubah ekonomi, masyarakat dan cara kerajaan membuat keputusan, manakala segelintir pihak swasta kini mengawal cara berbilion manusia berkomunikasi, bekerja, melakukan transaksi serta menggunakan maklumat.

Beliau mengingatkan teknologi “mestilah berkhidmat untuk manusia, bukan sebaliknya” sambil memberi amaran segelintir syarikat atau negara tidak patut dibenarkan menentukan peraturan bagi pihak lain.

“Global Selatan tidak boleh sekadar menjadi destinasi untuk pusat data sedangkan keputusan mengenai AI dibuat di tempat lain.

“Kita mesti menjadi rakan kongsi dalam inovasi. Bukan sekadar pelanggan dan pasaran. Dan bukan sekadar destinasi pelaburan,” katanya ketika menyampaikan kenyataan negara pada sesi debat umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-81 di sini.

Jelasnya, pembuatan keputusan dan pembangunan saksama juga bermaksud menguruskan permintaan besar daripada infrastruktur teknologi, termasuk penggunaan air, tenaga, tanah dan sumber lain.

Menurutnya, langkah ini perlu bagi memastikan manfaat AI dapat dikongsi lebih meluas merentasi sempadan.

Gesaan ini dibuat ketika PBB mempergiatkan usaha membangunkan pendekatan global terhadap tadbir urus AI, dengan sesi pertama Dialog Global mengenai Tadbir Urus AI diadakan di Geneva Julai lalu.

Inisiatif ini bagi menyediakan platform inklusif untuk negara membincangkan peluang dan risiko dibawakan AI.

Isu ini juga amat relevan bagi Malaysia, yang meletakkan dirinya sebagai hab serantau bagi pusat data dan infrastruktur AI.

Dalam perkembangan berasingan, Mohamad menggesa pihak terbabit konflik semakin memuncak di Asia Barat supaya bertenang dan tidak mengeruhkan keadaan, sambil memberi amaran gangguan terhadap Selat Hormuz dan Bab el-Mandab — kedua-duanya laluan kritikal bagi tenaga dan perdagangan global — akan membawa akibat melangkaui rantau itu.

“Sebuah keluarga di Asia Tenggara tidak terlibat dalam pertikaian ini. Namun, keluarga itu tetap menanggung akibatnya apabila harga makanan, bahan api dan kos sara hidup meningkat.”

Katanya, kuasa pertengahan seperti Malaysia, bersama pertubuhan serantau seperti Asean boleh membantu mengekalkan ruang dialog apabila kuasa besar gagal mencapai kata sepakat.

“Kita mesti mempunyai keyakinan untuk bersuara bagi wilayah kita, bukannya membiarkan orang lain bersuara bagi pihak kita,” tegasnya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.