ESPNFollow live: Ben Rice crushes a HR to double Yankees lead over Red SoxThe Jerusalem PostMichigan nurse charged with helping immigrant flee ICE custodyESPN DeportesCaitlin Clark y Kelsey Mitchell llevan al Fever a empatar la serie con AcesPunchWorkers set October strike over petrol price hike한겨레국정원 “북·미 대화 11월 APEC 전후 50% 성사 가능성…북 기회 안놓치려 해”UOLElmano e Ciro trocam acusações sobre facções criminosas em debate no CearáBillboardBecca Hatch, Lewis Love Tapped For Spotify’s RADAR Program경향신문페트병 분리배출하면 10원 포인트 적립··· 용산구, 투명페트병 무인회수기 시범운영[서울25]VanguardWhy President Bola Tinubu’s yea should be yea, by Rotimi Fasan中国新闻网比利时侨界青年举办联欢会同庆中国国庆ynet בידורשתיקה פרסית - חלק 12Variety‘Final Payment,’ ‘Zoom In, Zoom Out’ Win Big at Pingyao; ‘Congo Boy’ Takes Rossellini Prize
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 30, 2026

Isu pelarian Myanmar: Kerajaan utamakan keselamatan, kepentingan rakyat

Translate

Kerajaan akan memastikan usaha menangani isu pelarian Myanmar dilaksanakan dengan mengutamakan keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, komitmen itu menjadi asas dalam usaha kerajaan menyelesaikan isu berkenaan secara tuntas termasuk menerusi kerjasama dengan Myanmar bagi penghantaran pulang pelarian secara sukarela dan berperingkat.

Anwar berkata, kerajaan turut mengambil langkah lebih tersusun dalam menangani persoalan itu menerusi penguatkuasaan, penyelarasan antara agensi dan kerjasama dengan negara asal.

“Isu pelarian Myanmar bukan permasalahan baharu, sebaliknya legasi puluhan tahun yang telah memberikan tekanan kepada negara dari sudut keselamatan, sosial dan pengurusan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

“InsyaAllah, saya akan memastikan isu ini ditangani secara tuntas, dengan keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia diberi keutamaan, serta pelaksanaannya berlandaskan undang-undang dan nilai kemanusiaan

Beliau berkata, hasil rundingan bersama dengan Myanmar, sebanyak 5,000 pelarian akan dihantar pulang secara sukarela dan berperingkat, dengan 1,476 daripada mereka memulakan fasa pertama hari ini selepas melalui proses yang dipersetujui kedua-dua negara.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.