PunchFG targets two million creative industry jobs by 2030ESPN Deportes¿Dónde se ubica la Hormiga en el futbol griego según su valor?ESPNBen Shelton's shot at history comes Sunday in the US Open finalוואלהצעיר כבן 20 נפצע בינוני באירוע אלימות באודםInquirer EntertainmentBicolana Margarette Briton to travel the world as Miss Interglobal winnerCNN TürkDEPREM SON DAKİKA 12 EYLÜL! Bugün deprem mi oldu, nerede, kaç şiddetinde? 12 Eylül 2026 AFAD ve Kandilli Rasathanesi son depremler listesiSözcüYandaş yazar Erdoğan’ın sözlerini tercüme ettiUOLStray kids faz show mais contido no dia de k-pop no Rock in Rio, marcado por aglomeraçõesSky TG24Di Battista atterrato a Ciampino dopo il ricovero a Cuba: sarà ricoverato al GemelliThe GuardianSolheim Cup golf 2026: Europe v USA, day two foursomes – liveMalay MailStop hunting for jobs, start creating them, minister tells TVET grads as 97pc find workVanguardJointly advancing high-quality development of greater BRICS cooperation
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 12, 2026

Anwar, Putin setuju mekanisme khas percepat laksana perjanjian Malaysia, Rusia

Translate

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin mencadangkan penubuhan mekanisme khas antara Putrajaya serta Moscow bagi mempercepatkan pelaksanaan semua perjanjian dicapai antara kedua-dua negara.

Menurut nota kepada media Malaysia mengenai pertemuan itu, Putin bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan Moscow mengimport minyak sawit Malaysia serta usaha mempercepatkan penerbangan terus dua negara dalam pertemuan itu yang diadakan di luar Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di sini, pada Jumaat.

Dalam perbincangan selama 20 minit itu, Anwar yang juga menteri kewangan mengulangi penghargaannya terhadap sokongan Rusia bagi kerjasama tenaga dengan Malaysia.

Petronas telah mengadakan libat urus dengan rakan sejawat dari Rusia (Rosneft) serta syarikat lain untuk memajukan kerjasama dalam sektor itu.

Agensi berita Rusia, TASS memetik Putin menyifatkan pertumbuhan 12.9% dalam nilai dagangan Rusia dan Malaysia tahun lalu sebagai kadar kukuh.

Tegasnya, Moscow amat mementingkan hubungan dengan Kuala Lumpur dalam bidang pendidikan, sains, teknologi dan pelancongan.

“Dalam perbualan hari ini, kami berpeluang membincangkan isu keutamaan kerjasama kita dalam semua bidang ini,” kata Putin menurut laporan TASS.

Anwar tiba di sini pada Jumaat untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 yang dihoskan Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS atas kapasitinya sebagai negara rakan kongsi BRICS sejak 1 Jan 2025.

Pertemuan dengan Putin merupakan pertemuan dua hala pertama Anwar di sini.

Pada 2024, jumlah perdagangan Asean-Rusia mencecah USD18.1 bilion, manakala pelaburan langsung asing Rusia di Asean berjumlah RM367.90 juta (USD92.97 juta).

Bagi Malaysia, Rusia merupakan rakan dagang kesembilan terbesar dalam kalangan negara Eropah pada 2025, dengan jumlah perdagangan bernilai RM8.72 bilion (USD2.04 bilion).

Eksport utama Malaysia ke Rusia merangkumi produk elektrik dan elektronik, jentera, peralatan dan komponen serta makanan diproses, manakala import utama terdiri daripada produk petroleum, mineral, bahan kimia dan produk berasaskan kimia.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.