Bollywood HungamaTiger Shroff Shooting Incident: Eknath Shinde visits actor’s residence after gunfire in Juhu; Police launch manhuntInquirerChampi nears PAR but will not affect PH directly on MondayESPNNBA intel: KAT's next deal, expansion's next steps -- and why rival teams are watching OrlandoPunchW’Bank: FG pays N658.9bn to 10.46m poor householdsESPN DeportesRayados sufre ante Pachuca y regresa a zona de Liguilla한겨레츠베덴의 서울시향 4년 “악기 간 이해도 높아져”…내년 시즌은 베토벤ХабрИнцидент за рубли. Как мы научились считать настоящую цену сбоевZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSCMP ChinaHow a US$110 million fishing harbour in Tanzania serves China’s food and security goalsThe Japan Times[Update 2] Report on Unauthorized Access to Group Managed Server and Potential Data LeakDigital Spy5 Emmerdale spoilers for tonight as Tom King's new manipulation beginsהידעןפליטות המתאן מתעשיית הנפט והגז בארה״ב כמעט לא השתנו — למרות ירידה בפליטות ליחידת תפוקה
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 19, 2026

PRN Melaka: Penganalisis pilih Adly ‘poster boy’ PH

Translate

Adly Zahari pilihan terbaik ‘poster boy’ Pakatan Harapan (PH) PRN Melaka pada 14 Nov, memandangkan beliau pemimpin Melayu-Muslim tunggal berjaya mengekalkan kerusi pada PRN 2021, kata penganalisis.

mazlan ali

Mazlan Ali.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia, berkata prestasi Adly mencerminkan keupayaannya menarik sokongan pelbagai kaum, termasuk orang Melayu dalam pilihan raya menyaksikan Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan besar.

Beliau berkata, tempoh perkhidmatan Adly sebagai ketua menteri dari 2018 hingga 2020 memberikannya reputasi pemimpin berprestasi tinggi, di mana dasar dan programnya jauh berbeza daripada pentadbiran BN sebelumnya.

“Saya percaya beliau adalah calon paling sesuai dan layak ditampilkan PH sebagai ‘poster boy’. Sudah tentu beliau mampu meraih sokongan padu,” katanya kepada FMT.

Mazlan berkata, Adly dikenali sebagai reformis yang mengekalkan ketelusan dalam pentadbiran, sambil berusaha meningkatkan kualiti hidup rakyat dan mengukuhkan ekonomi Melaka.

Beliau turut menyeru PH menamakan Adly sebagai calon ketua menteri lebih awal, sambil menambah rekod perkhidmatannya dapat membantu merancakkan sokongan rakyat.

Mazlan berkata demikian sebagai maklum balas kepada Timbalan Ketua Amanah Wilayah Persekutuan, Hayatul Kamil, yang pada 12 Okt menyeru naib presiden parti itu, Adly, dinamakan ‘poster boy’ PH pada PRN Melaka.

Hayatul memetik pengalaman Adly sebagai ketua menteri Melaka sebagai antara kekuatan utamanya. Beliau turut menyebut khidmat Adly telah berkhidmat sebagai timbalan menteri pertahanan sejak Disember 2022, sekali gus memberikannya kelebihan dari segi pentadbiran, berbanding pemimpin PH lain yang pengalamannya sebahagian besarnya hanya di peringkat negeri.

Tarikan peribadi mungkin tak cukup kuat

james chin

James Chin.

Penganalisis daripada Universiti Tasmania, James Chin, turut menganggap Adly pilihan yang cocok dengan tempoh khidmat secara umumnya tidak terkait skandal besar, sekali gus membantu membentuk persepsi positif terhadap pentadbirannya.

“Rakyat anggap pentadbiran beliau pada dasarnya bebas daripada sebarang drama, berbanding perkara-perkara lain,” katanya.

Namun, Chin mengingatkan daya tarikan peribadi Adly mungkin tidak cukup mengatasi kelebihan pilihan raya dinikmati Umno dan PAS, jika dua parti berkenaan bekerjasama.

Beliau berkata, kerjasama Umno dan PAS mampu mengekalkan blok pengundi Melayu yang kukuh, menjadikan PH berdepan cabaran sukar.

Chin berkata, BN mampu menang 22 atau 23 daripada 28 kerusi DUN, walaupun tidak berpendapat gabungan itu akan mencapai unjuran 25 kerusi dibuat bekas Ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming.

Beliau berkata, keputusan tersebut bergantung sebahagian besarnya sama ada Umno dan PAS akan terus saling menyokong satu sama lain, manakala PH masih belum menampilkan gambaran jelas mengenai strategi pilihan rayanya.

Pada PRN Melaka lalu, BN menang 21 kerusi, manakala PH (5), dan Perikatan Nasional (2). Adun Rembia daripada Umno, Jailani Khamis, kemudian menyertai PAS sebelum undang-undang lompat parti peringkat negeri dikuat kuasa.

Pada 13 Okt, Ong meramalkan BN mampu meningkatkan jumlah kerusi kepada 24 atau 25, dengan potensi merampas satu atau dua kerusi PH, termasuk DUN Bukit Katil diwakili Adly serta kerusi DAP di Ayer Keroh.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.