InquirerSara Duterte’s spox: Prosecution in impeach trial failed to prove its caseInquirer EntertainmentBasil Valdez celebrates 75th birthday with ‘Salamin ng Buhay’ concertZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFVarietyBill Maher Rubs Salt in Trump’s Midterms Wound: ‘Donnie, Are You OK?’경향신문국내 증시 급락하자 미국 주식으로 달려갔다…서학개미, 11월 첫 주에만 3조원 순매수El ComercioLoto Plus: sigue aquí los resultados y pozo estimado del sábado 7 de noviembreNew Straits TimesJust like cars, Chinese motorcycles out to conquer EuropeSportstarन्यूजीलैंड बनाम भारत लाइव स्कोर, दूसरा वनडे: औकिब नबी ने शुरुआती विकेट लेकर सीफर्ट को आउट किया; न्यूजीलैंड 4/1 बनाम भारतESPN Deportes¿Quién es Armando León, delantero llamado por México?Observador DesportoAs notícias das 3hRai NewsAxios, Vance lavora per un nuovo cessate il fuoco e ripresa dei negoziati con l'IranScreen RantWho Is Annatar? Sauron's Fair Form Explained
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 7, 2026

Elak politik melabel, PAS disaran utamakan hujah

Translate

PAS disaran menggunakan pendekatan hujah berfakta bagi menjaga imej parti dan keharmonian masyarakat, berbanding melabel pihak lawan dengan istilah-istilah agama.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata melabel pihak lawan merupakan ‘politik murahan’, terutama apabila istilah agama digunakan untuk menyerang mereka.

Syaza Shukri.

Syaza Shukri.

“Rakyat bijak. Kita tahu label-melabel ini ‘cheap politics’ untuk menakutkan rakyat dan kononnya membabitkan agama dalam isu politik, tetapi hakikatnya hanya perbezaan pendapat atau haluan,” katanya kepada FMT.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata perbezaan pandangan politik tidak seharusnya menjejaskan hubungan sesama masyarakat dan silaturahim dalam kalangan umat Islam.

Katanya, PAS mempunyai pengaruh yang kuat namun rakyat akan lebih menghormatinya sekiranya ia mengelakkan pendekatan melabel pihak lawan.

Mazlan Ali

Mazlan Ali.

“PAS perlu mengkritik kerajaan, kerana tidak ada kerajaan yang sempurna. Sebagai pembangkang, tugas PAS adalah menyemak imbang. Rakyat akan lebih menghormati PAS jika sesuatu kritikan itu berasaskan politik hujah,” katanya.

CSA ditandatangani Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan lima Ahli Parlimen Bersatu lain, serta Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

CSA memberikan tujuh wakil rakyat itu akses peruntukan pembangunan kawasan Parlimen, yang telah diterima oleh Ahli Parlimen kerajaan sepanjang empat tahun lalu. Ia turut merangka dua reformasi utama yang mesti dilaksanakan Putrajaya sebagai balasan kepada sokongan mereka — meletakkan had tempoh jawatan perdana menteri dan memisahkan peranan peguam negara dan pendakwa raya sebelum tamat penggal Parlimen.

Kelmarin, media melaporkan Hadi mengumpamakan CSA ditandatangani antara kerajaan dan tujuh Ahli Parlimen pembangkang seperti penipuan dajal – ‘pembohong paling besar’, yang kemunculannya dianggap dalam Islam sebagai antara tanda besar semakin hampirnya Hari Kiamat.

Dalam kenyataan, beliau mendakwa CSA adalah pendekatan dajal pada akhir zaman yang menjadikan kuasa bukan lagi suatu amanah yang wajib ditunaikan kepada semua, tetapi memaksa untuk terus berkuasa.

Beliau berkata, mana-mana parti yang menjadi kerajaan wajib menunaikan amanah kepada rakyat secara langsung tanpa perlu membuat aku janji terlebih dahulu.

Kenyataan Hadi mengundang kritikan pelbagai pihak, antaranya Ketua Pemuda PKR Kamil Munim yang mengingatkan bahawa perjanjian sama pernah ditandatangani sewaktu PAS berada dalam kerajaan, dengan PH pada 13 Sept 2021.

Bekas ahli majlis kerja tertinggi Umno, Puad Zarkashi, pula mempersoalkan sama ada Umno turut dianggap ‘dajal kecil’, mengingatkan bahawa Umno antara parti yang membentuk kerajaan perpaduan.

Di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Bersatu Suhaimi Abdullah berkata label ‘dajal’ menimbulkan persoalan mengenai kesungguhan memperjuangkan perpaduan nasional.

Katanya, usaha mencapai persefahaman demi kepentingan rakyat sukar direalisasikan jika Ahli Parlimen yang mengambil pendekatan bekerjasama turut dilabel ‘dajal’.

Sementara itu, Ahli Parlimen PAS Ahmad Fadhli Shaari mempertahankan kenyataan Hadi berhubung penggunaan istilah ‘dajal’, yang dikatakan bukan merujuk kepada individu menandatangani CSA.

Katanya, istilah itu merujuk pendekatan dalam CSA yang didakwa meletakkan syarat wakil rakyat perlu memberi sokongan sebelum sesuatu peruntukan disalurkan kepada Ahli Parlimen.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.